Wednesday, July 1, 2009

MJ Dibunuh?

Nafas Terhenti Perlahan-lahan Selepas Disuntik Demerol

Benarkah Michael dibunuh? Terdapat khabar angin mengenai MJ dibunuh selepas panggilan kecemasan didedah kepada umum. Rakaman tersebut menunjukkan MJ tidak sedarkan diri serta-merta selepas disuntik ubat tahan sakit, Demerol oleh Dr Conrad Robert Murray. Ubat tersebut diketahui pakar boleh menyebabkan serangan jantung jika diberi secara berlebihan.

Murray yang menetap di rumah MJ di Los Angeles menghilangkan diri selepas MJ dibawa ke hospital. Kereta BMW milik adik Murray dan beg mengandungi ubat-ubatan turut dirampas polis. Mengikut Jurucakap Polis, Karen Rayner, kereta tersebut mungkin mengandungi bahan bukti yang diperlukan oleh pihak polis dalam menjalankan siasatan terhadap kematian MJ.

Menurut sumber rapat dengan keluarga MJ, Murray menyuntik MJ pada jam 11.30 pagi dan MJ rebah serta-merta selepas disuntik oleh Murray dan pernafasannya menjadi semakin perlahan sehingga terhenti.

Jantung MJ telah berhenti berdenyut ketika kakitangan ambulans tiba di rumahnya. Atas desakan Murray, krew ambulans mengambil masa 42 minit untuk cuba memulihkan keadaan MJ.

Bedah siasat yang dilakukan selama tiga jam setengah ke atas mayat MJ gagal memberi jawapan rasmi terhadap dakwaan tersebut. Jurucakap Jabatan Bedah Siasat Los Angeles, Craig Harvey berkata bahawa tiada bukti MJ meninggal disebabkan perbuatan khianat. Namun pengesahan punca kematian tidak akan diumum sehingga ujian toksikologi diperolehi dan keputusan ujian tersebut dijangka akan diperolehi diantara empat hingga enam minggu.

Bedah siasat tersebut terpaksa dijalankan kerana doktor di Pusat Perubatan UCLA atau Murray tidak menandatangani sijil kematian yang menunjukkan punca kematian MJ.

No comments:

Post a Comment