Jenayah Antarabangsa
Ini satu lagi kisah pembunuhan kejam dan kali ini membabitkan golongan gay tetapi ianya telah berlaku lama dahulu, sekadar untuk dibuat renungan dan supaya kita lebih berhati-hati dalam berkawan. Kisah ini disiarkan oleh Misteri, April 2008 dan saya 'post'kan sebagai koleksi walaupun terbitannya telah lama iaitu pada tahun lepas.
Nama lelaki tersebut ialah Jeffry Dahmer dan dia telah membunuh 17 orang mangsa yang kesemuanya berumur belasan tahun dan ada sesetengah mangsanya dimakan. Saya tidak pasti kenapa dia memakan mangsanya kerana ianya tidak dinyatakan di sini samada dia memakan mangsanya kerana untuk kepuasan hatinya atau sekadar suka-suka atau ingin mencuba macam mana rasanya memakan daging manusia.
Jika dilihat pada raut wajahnya, iaitu gambar yang saya sertakan di sini, pasti ramai yang tidak menyangka dia adalah seorang pembunuh kejam. Apabila terbaca kisah ini, saya terfikir adakah lelaki ini mengalami tekanan perasaan atau dia mempunyai masalah mental?
Kisahnya bermula:
Pada Jun 1978, Stephen Hick iaitu mangsa pertamanya berjalan kaki pulang dari menonton konsert. Stephen menahan beberapa buah kereta untuk ditumpangi tetapi malangnya tiada satu pun yang berhenti. Kebetulan Jeffrey lalu di kawasan tersebut dan dia menumpangkan Stephen. Jeffrey membawa Stephen ke rumahnya iaitu rumah peninggalan bapanya yang telah bercerai dan mengajak Stephen minum. Kira-kira setengah jam berbual, Stephen meminta diri untuk pulang dan Jeffrey tidak membenarkannya. Tiba-tiba Jeffrey memukul kepala Stephen dengan kayu besball dan terjadilah pergelutan dan akhirnya dia berjaya membunuh Stephen.
Jeffrey menyembunyikan mayat Stephen di bawah rumahnya selama beberapa hari, selepas itu dia mencurahkan asid bagi mengoyakkan kulit Stephen dan menghancurkan tulang-tulangnya dengan tukul. Kesemua tulang-tulang yang hancur tersebut disepahkan seolah-olah tidak ada apa yang berlaku bagi mengelak perbuatannya dikesan.
Jeffrey adalah seorang gay. Selepas dia berpindah ke rumah neneknya di Milwaukee, dia mula memancing lelaki-lelaki gay di bar berdekatan rumah neneknya tetapi dia tidak dibenarkan membawa mana-mana kawannya pulang ke rumah. Jadi, dia membunuh mangsanya sebelum melakukan hubungan seks dengan mereka.
Mangsa pertamanya selepas dia berpindah ke rumah neneknya ialah seorang gay, bernama Tuomi. Dia membawa mangsanya dan mengebumikan di bawah rumah tanpa pengetahuan neneknya. Dia memotong dua tulang rusuk Tuomi, dibawa pulang dan memasaknya lalu memakan tulang rusuk tersebut dan perbuatannya tidak diketahui oleh sesiapa pun termasuk neneknya.
Pada 1988, Jeffrey membunuh dua orang lagi gay di sebuah hotel murah. Disebabkan perangainya yang buruk, nenek Jeffrey telah menyuruhnya berpindah walaupun neneknya tidak mengetahui perbuatan terkutuk Jeffrey dan dia menyewa sebuah flat murah berhampiran rumah neneknya.
Pada hari itu, iaitu hari yang sama dia berpindah ke flatnya, Jeffrey menawarkan seorang budak berusia 13 tahun USD50 untuk bergambar. Remaja berusia 13 tahun tersebut bernama Somsak, telah terpedaya dengan Jeffrey lalu masuk perangkapnya dan Jeffrey mengambil gambar bogel Somsak kemudian membunuhnya.
Pada tahun 1990, Jeffrey membunuh empat orang lagi remaja tetapi dengan cara yang berlainan. Dia memberikan dadah kepada mereka, kemudian memukul mereka sehingga mati dan mayat mereka dihancur dan dibuang di kawasan terbuka. Biasanya sebelum membunuh, Jeffrey akan meliwat mangsanya dahulu apabila mereka berada dalam keadaan separuh sedar dan tidak berdaya untuk melawannya.
Akhirnya pada Julai 1990, Jeffrey mempelawa Tracy Edward untuk menyertai pesta seks. Tracy seorang pengamal seks pelbagai hala bersetuju dengan dengan pelawaan tersebut tetapi apabila dia ternampak Jeffrey mencampurkan dadah di dalam minumannya iaitu kopi, dia menolak. Namun Jeffrey mendesak dan pergelutan berlaku. Dalam keadaan tidak stabil, Tracy berjaya meloloskan diri dan mendapat bantuan polis. Polis terkejut melihat Tracy digari, lalu membebaskannya dan menyerbu kediaman Jeffrey lalu menahannya. Sejak itu kes pembunuhan 17 remaja terbongkar dan dia ditahan untuk membantu siasatan.
Satu persatu kes pembunuhannya dibongkar dan dengan bongkak dia mengaku bahawa dia bukan sahaja membunuh mereka, tetapi ada juga mangsa yang dimakannya.
Begitulah kisah pembunuhan kejam yang dilakukan oleh Jeffrey. Agaknya lelaki ini jenis yang berhati berani dan tidak waras kerana jika dia waras, pasti dia akan dihantui oleh orang-orang yang telah dibunuhnya dan perasaan bersalah akan mengekorinya setiap waktu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment